Kalau gencatan senjata betul-betul jadi, saya mahu ke Palestin – Mimi Lana
 Posted on : Oct 11, 2025, 10:20AM   4 total views  Category : Entertainment
Mimi meluahkan hasrat untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin sekiranya gencatan senjata yang baru diumumkan betul-betul terjadi. – Kosmo Online

Pelakon popular Malaysia, Mimi Lana meluahkan hasrat untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin sekiranya gencatan senjata yang baru diumumkan betul-betul menjadi.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, dia mahu turut serta jika terdapat mana-mana organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mahu menjalankan misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.

“Kalau betul la gencatan senjata kali ni betul-betul menjadi, saya nak sangat jejak kaki ke bumi Palestin.

“Sesiapa yang nak buat misi bantuan ke sana ataupun ada NGO yang akan pergi, tolong beritahu saya,” tulisnya dalam Threads.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang mencadangkan beberapa NGO yang boleh disertainya.

Malah ada yang mencadangkan supaya pelakon filem Mencari Ramlee itu sertai Farah Lee yang baru sahaja pulang daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Warganet turut kagum dengan keberanian isteri kepada Syafiq Kyle itu dan terharu dengan semangatnya mahu membantu rakyat Palestin.

“Bangga dengan Mimi kerana menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai seorang selebriti. Semoga ada jalan untuk Mimi ke bumi Palestin,” komen warganet.

Terdahulu Israel dan Hamas telah bersetuju dengan fasa pertama pelan damai 20 perkara yang dirangka oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. – Agensi

-- Courtesy of Media Permata 

HITS: