Mbappe bawa Real Madrid ke puncak La Liga
 Posted on : Oct 21, 2025, 2:31PM   9 total views  Category : Sports
Alex Sancris mengawal Kylian Mbappe semasa perlawanan bola sepak La Liga di Getafe, Sepanyol pada 19 Oktober. – AP

MADRID, 20 OKT – Kylian Mbappe melanjutkan rentetan jaringan golnya kepada 11 perlawanan berturut-turut untuk membantu Real Madrid merampas semula kedudukan teratas La Liga dengan kemenangan 1-0 ke atas Getafe yang bermain dengan sembilan pemain kelmarin.

Selepas pesaing Barcelona itu menyingkirkan Los Blancos dengan kemenangan tipis ke atas Girona pada Sabtu, pasukan Xabi Alonso mengembalikan kelebihan dua mata mereka sebelum saingan Clasico hujung minggu depan.

Getafe berjaya menangkis serangan Madrid sehingga Allan Nyom dibuang padang satu minit selepas dimasukkan namun Mbappe pantas merampas peluang untuk menentukan permainan pada minit ke-80.

Mbappe kembali selepas masalah buku lali menghalangnya daripada beraksi dalam kelayakan Piala Dunia Perancis awal minggu ini, mengetuai serangan di Stadium Coliseum
Getafe.

Penyerang Perancis itu telah berjaya menjaringkan gol dalam 10 penampilan berturut-turut untuk kelab dan kini sekali lagi berjaya meledak gol. – AFP

-- Courtesy of Media Permata

HITS: