Blackpink bakal keluarkan muzik video baharu
 Posted on : Oct 22, 2025, 8:34AM   7 total views  Category : Entertainment
Blackpink bakal keluarkan video muzik baharu hujung tahun ini. – Allkpop

Kepulangan yang dinanti-nantikan daripada kumpulan Blackpink semakin hampir, apabila kumpulan itu kini mula merakam muzik video baharu mereka minggu ini, sekali gus menandakan kemunculan semula kumpulan itu sebelum akhir tahun ini.

YG Entertainment, yang menguruskan aktiviti kumpulan tersebut telah mengumumkan kepada Allkpop kelmarin, “Blackpink akan mula merakam muzik video untuk lagu baharu mereka minggu ini. Ahli kumpulan dan kakitangan memberikan sepenuh usaha untuk menghasilkan keputusan terbaik.”

Agensi itu menambah, “Kami dengan ikhlas mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang telah bersabar menunggu kemunculan semula Blackpink.

“Album itu kini berada pada peringkat akhir, dengan fokus meningkatkan kualiti muzik. Setelah persiapan selesai, kami akan berkongsi lebih banyak berita baik melalui pengumuman rasmi.” Blackpink kali terakhir mengeluarkan album penuh kedua mereka, BORN PINK, pada 16 September 2022, yang menampilkan single pra-lancaran Pink Venom dan lagu utama Shut Down.

Album itu mencapai kejayaan besar di peringkat global. Sambil meneruskan jelajah dunia mereka, kumpulan itu juga mengeluarkan single JUMP pada Julai tahun ini.

Walaupun laporan baru-baru ini menyatakan Blackpink merancang untuk membuat kemunculan semula pada pertengahan Disember, namun YG Entertainment menegaskan “tiada tarikh khusus ditetapkan.” – Agensi

-- Courtesy of Media Permata 

HITS: