Berangkat saksikan Pertandingan Sukan Weightlifting
 Posted on : Nov 10, 2025, 9:27PM   7 total views  Category : Sports
DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan berangkat menyaksikan persembahan Awang Mohammad Nashrul bagi kategori Men’s 65kg.

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyaksikan Pertandingan Sukan Weightlifting pada 6th Islamic Solidarity Games 2025, Riyadh Arab Saudi, kelmarin.

Pertandingan melibatkan atlet negara iaitu Awang Mohammad Nashrul bin Haji Abu Bakar bagi kategori Men’s 65kg.

Kategori Men’s 65kg telah disertai oleh 12 buah negara iaitu, Oman, Turkiye, Uzbekistan, Saudi Arabia, Kuwait, Bangladesh, Iran, Indonesia, Azerbaijan, Egypt, Uganda, dan Negara Brunei Darussalam dengan Awang Mohammad Nashrul berjaya untuk menduduki tempat ke-8.

-- Courtesy of Media Permata

HITS: