Kane sedia berdepan Arsenal
 Posted on : Nov 26, 2025, 6:48AM   7 total views  Category : Sports
Kane (kanan) dan Eren Dinkci bersaing mendapatkan bola semasa perlawanan bola sepak di Munich, selatan Jerman pada 22 November. – AFP

MUNICH, 25 NOV – Penyerang Bayern Munich, Harry Kane kembali ke utara London esok untuk berdepan musuh lamanya, Arsenal, yang boleh dikatakan dalam prestasi terbaik dalam kerjayanya selepas diletakkan pada posisi untuk membantu serangan.

Sentiasa menjadi penjaring gol yang konsisten, kapten England itu telah menjadi pemain yang lebih lengkap di Bayern, memikul tugas dalam mencipta serangan dan juga pertahanan.

Prestasi pemain berusia 32 tahun itu merupakan sebab utama Bayern mencatat permulaan cemerlang dalam kempen ini.

Juara Jerman itu telah menang 17 kali dan seri sekali daripada 18 perlawanan mereka dalam semua pertandingan musim ini, dengan Kane bermain dalam setiap perlawanan.

Kane, yang telah menjaringkan 15 gol dalam 21 perlawanan menentang Arsenal, mungkin menjadi kunci untuk menembusi benteng pertahanan Gunners yang kukuh.

Skuad kendalian Mikel Arteta adalah satu-satunya pasukan yang tidak dibolosi dalam Liga Juara-juara musim ini. Dalam Liga Perdana, Arsenal hanya dibolosi enam gol, rekod terbaik dalam lima liga teratas Eropah. – AFP

-- Courtesy of Media Permata

HITS: