Kecederaan berkaitan bunga api di Filipina menurun
 Posted on : Jan 3, 2026, 10:16PM   3 total views  Category : Local News
Kanak-kanak menyalakan mercun di Jalan Juan Luna, Manila semasa Malam Tahun Baharu 2023. – ANN/Philippine Daily Inquirer

CEBU, 2 JAN – Bilangan kecederaan berkaitan bunga api semasa sambutan Tahun Baharu 2026 mencatat penurunan berbanding tahun lalu.

Berdasarkan data terkumpul daripada 62 buah hospital di seluruh Filipina, Kementerian Kesihatan (DOH) merekodkan sejumlah 235 kes kecederaan berkaitan bunga api dari 21 Disember 2025 sehingga jam 4 pagi, 1 Januari.

Ini termasuk 62 kes tambahan yang dicatat selepas 21 Disember 2025. Jumlah terkini menunjukkan penurunan sebanyak 42 peratus berbanding 1 Januari 2025, apabila 403 kes kecederaan berkaitan bunga api direkodkan.

Daripada 235 kes tersebut, 161 mangsa berumur 19 tahun ke bawah, manakala 74 berumur 20 tahun ke atas. Analisis daripada DOH menunjukkan 69 peratus mangsa adalah kanak-kanak dan 31 peratus adalah dewasa.

Pegawai kesihatan menekankan bahawa kanak-kanak masih merupakan majoriti mangsa kecederaan bunga api, walaupun terdapat penurunan secara keseluruhan. – ANN/Philippine Daily Inquirer

-- Courtesy of Media Permata
 

HITS: