DPMM FC raih kemenangan keempat berturut-turut
 Posted on : Jan 4, 2026, 2:25PM   5 total views  Category : Sports
Semua di atas: Antara aksi perlawanan bola sepak antara DPMM FC menentang PDRM FC di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah malam tadi. – GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – DPMM FC melanjutkan rentetan kemenangan kepada empat perlawanan dalam Liga Super Malaysia setelah tewaskan pasukan tercorot, PDRM FC di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah malam tadi dengan keputusan 3-1.

Bermain di padang yang sangat basah, pasukan tuan rumah mencipta kebanyakan peluang menjaringkan gol pada separuh masa pertama tetapi gagal memanfaatkannya.

Peluang gol pertama hadir pada minit ke-25 apabila percubaan Muhammad Ramadhan Sananta diselamatkan dengan baik oleh penjaga gol PDRM FC, Nor Hakeem Hamidun. Seminit kemudian, Nor Hakeem sekali lagi menepis percubaan kencang Jordan David Murray.

Pada minit ke-30, percubaan daripada Muhammad Azwan Ali Rahman turut dinafikan.

Keputusan berubah pada separuh masa kedua apabila DPMM FC memecah kebuntuan pada minit ke-46 menerusi jaringan Muhammad Hakeme Yazid Said, melepasi penjaga gol PDRM FC.

Jordan David Murray kemudian menggandakan kelebihan DPMM FC pada minit ke-63, menambah jaringan apabila menguis bola melepasi Nor Hakeem Hamidun masuk ke gawang.

Mengejutkan penyokong tuan rumah, Muhammad Fakhrul Azim Mohd Zulphatah cuba merapatkan jurang gol apabila jaringan deras menewaskan penjaga gol DPMM FC, Haimie Nyaring, pada minit ke-85.

-- Courtesy of Media Permata

HITS: