BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JAN – Pasukan NASHREY FT akan menyertai Kejohanan Bola sepak Veteran tujuh sepasukan antarabangsa yang akan diadakan di Pulau Pinang, Malaysia pada 17 dan 18 Januari nanti.
Sehubungan dengan itu, pasukan berkenaan telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi persiapan untuk menyertai kejohanan berkenaan yang berlangsung di Menglait, kelmarin.
Majlis berkenaan juga menyaksikan penyampaian jersi kepada pemain-pemain yang disempurnakan oleh Presiden VFA, Awang Matusin Sumpong.
Rombongan pasukan berkenaan iaitu seramai 11 pemain dan 2 pegawai yang diketuai oleh Haji Yusli bin Haji Md Yusof akan berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia pada 15 Januari nanti.
-- Courtesy of Media Permata