Kemas kini status pembaikan paip utama di Kg Batang Mitus
 Posted on : Jan 30, 2026, 11:42PM   5 total views  Category : Local News
Pihak JKR sedaya upaya berusaha menyiapkan kerja-kerja pembaikan. – Gambar serahan JKR

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan orang ramai mengenai perkembangan terkini kerja-kerja segera pembaikan paip air utama berikutan akibat tanah susur yang telah berlaku di Kampung Batang Mitus pada 29 Januari.

          Sebagai tindakan serta-merta, JKR telah mengaktifkan Emergency Response Centre (ERC) dengan melibatkan beberapa jabatan di bawah Kementerian Pembangunan serta agensi-agensi lain untuk penghantaran bekalan air melalui lori tangki air terutama ke pusat pengambilan air, tangki-tangki biru serta tangki-tangki kritikal seperti rumah sakit, klinik, masjid dan balai-balai ibadah di tempat-tempat yang terjejas.

          Terkini, lapan daripada 16 batang paip telah berjaya disiapkan. Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada 1 Februari, tertakluk kepada keadaan cuaca.

Walau bagaimanapun, bekalan air kepada orang ramai hanya akan pulih selepas pengisian tangki-tangki air di kawasan yang terjejas selesai dan ini akan mengambil masa sekitar satu hari memandangkan kebanyakan paras air tangki di kawasan terjejas adalah sangat rendah.

Secara kesimpulan bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada 2 Februari.

       Di samping itu juga, orang ramai bolehlah mendapatkan bekalan air sementara melalui tangki-tangki biru ditempatkan di beberapa lokasi yang boleh dirujuk melalui Instagram JKRBRUNEI dan di tempat-tempat alternatif seperti Industri Lambak, Industri Salambigar, Perumahan Negara Lugu Fasa 5 & 6, Masjid Kg Serdang dan Masjid Kg Sengkurong.

Pihak jabatan sangat menghargai kefahaman dan kerjasama orang ramai dan akan berusaha dengan sedaya upaya untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan dengan secepat mungkin untuk mengembalikan bekalan air seperti sedia kala.

-- Courtesy of Media Permata
 

HITS: