Muzik video BTS Save ME capai 800 juta tontonan
 Posted on : Feb 3, 2026, 6:48AM   3 total views  Category : Entertainment
Video muzik lagu popular BTS, Save ME telah melepasi 800 juta tontonan di YouTube. – Allkpop

Video muzik kumpulan popular BTS, Save ME telah melepasi 800 juta tontonan di YouTube setakat pagi kelmarin.

Hal tersebut sekali gus menandakan video muzik kesepuluh kumpulan itu yang meraih pencapaian berkenaan, satu rekod yang bermula apabila lagu DNA menjadi video pertama mereka menembusi angka 800 juta tontonan.

Dikeluarkan pada Mei 2016 dalam album Young Forever, Save ME kekal menjadi kegemaran peminat dengan vokal yang menyentuh emosi dan irama tropical house yang menawan.

Big Hit Music menyatakan, pencapaian tersebut juga membuktikan pengaruh global BTS yang tidak berubah, apabila lagu yang dikeluarkan hampir 10 tahun lalu masih digemari ramai.

Menurut Allkpop, BTS pada masa kini sedang bersiap untuk kemunculan semula bersejarah yang mana mereka akan secara rasmi melancarkan album penuh kelima, ARIRANG, pada 20 Mac.

Selepas pelancaran, satu persembahan khas kemunculan semula kumpulan itu akan diadakan di Dataran Gwanghwamun pada 21 Mac.

Album baharu itu kini sudah memecahkan rekod, dengan 4.06 juta pra-tempahan dicatat hanya dalam seminggu, manakala pra-simpan Spotify mencapai 2 juta hanya dalam tempoh empat hari. – Agensi

-- Courtesy of Media Permata
 

HITS: