MANCHESTER, 5 FEB – Manchester City akan berdepan Arsenal dalam perlawanan akhir Piala Liga selepas tewaskan juara bertahan Newcastle dengan kemenangan besar pada separuh masa pertama 3-1 kelmarin.
Skuad kendalian Pep Guardiola sudah pun selangkah ke final selepas menang perlawanan separuh akhir pertama di Tyneside pada Januari dan mereka tamatkan perlawanan dengan kejam di Stadium Etihad.
Omar Marmoush menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama perlawanan sebelum Tijjani Reijnders meletakkan keputusan tanpa keraguan.
Anthony Elanga mengurangkan defisit selepas rehat, tetapi kemenangan agregat 5-1 City melangkah sepenuhnya ke final Piala Liga buat kali pertama sejak 2021.
City menentang Arsenal pada 22 Mac nanti di Wembley selepas pendahulu Liga Perdana itu menyingkirkan Chelsea Selasa lalu.
Kejayaan mara ke perlawanan akhir merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan Guardiola susulan kekecewaan mensia-siakan pendahuluan dua gol setelah seri 2-2 di Tottenham Ahad lalu.
Piala Liga merupakan trofi pertama Guardiola bersama City apabila mereka tewaskan Arsenal dalam perlawanan akhir 2018 pada ketika Mikel Arteta, menjadi penolongnya. Sejak itu, City banyak menjuarai liga tetapi bukan piala tersebut sejak 2021.
“Ia akan menjadi suatu perlawanan yang menarik. Awda perlu menghayatinya. Gelaran pertama yang kami menangi di sini adalah dalam Piala Liga.
“Apabila awda menang sesuatu, ia bantu untuk menang lebih banyak lagi. Sungguh menggembirakan dapat bertemu Arsenal, pasukan terbaik sekarang di Eropah dan mungkin dunia,” ujar Guardiola.
Dalam perlawanan itu, Marmoush meletakkan City di hadapan dengan sedikit tuah pada minit ketujuh setelah seranganya ke kawasan penalti Newcastle telah diterjah Dan Burn dan melantun ke arahnya sebelum masuk ke dalam gawang.
Marmoush menjaringkan gol buat kali kedua pada minit ke-29, menanduk masuk bola dari garisan gol selepas Kieran Trippier cuba mengeluarkan hantaran lintang Antoine Semenyo.
Reijnders membawa City terus mendahului selepas masa rehat, menyempurnakan hantaran rendah Semenyo.
City hampir tidak dapat mengawal keadaan pada separuh masa kedua dan Elanga menjaringkan satu gol pada minit ke-62, melakukan rembatan ke sudut jauh selepas melakukan gerakan cantik melepasi pertahanan City. – AFP
-- Courtesy of Media Permata