Teruk Seungri kena kutuk gara-gara kelihatan tembam
 Posted on : Feb 6, 2026, 6:41AM   3 total views  Category : Entertainment
Warganet anggap Seungri sudah tidak kacak. – mStar

Penampilan terbaharu bekas anggota kumpulan BigBang, Seungri kembali menjadi bualan ramai selepas beberapa foto dirinya tersebar di media sosial.

Menerusi foto tersebut, Seungri dilihat bergambar bersama beberapa individu yang dipercayai peminatnya, namun penampilan fizikal bekas idol itu jelas semakin berbeza.

Ramai warganet meluahkan rasa terkejut selepas mendapati Seungri kelihatan semakin berisi dengan wajah yang lebih berisi.

Perubahan tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi, termasuk kritikan pedas daripada warganet yang membandingkan visual terbaharunya dengan ketika dia masih aktif dalam industri hiburan.

“Beginilah rupa bila kau semakin tua sebab jadi orang jahat.

“Dia makin buruk, tak ada siapa yang jaga dia. Dah macam pakcik!,” antara komen warganet.

Difahamkan, foto-foto berkenaan dirakam sekitar Januari 2026 ketika bertemu peminat di luar negara.

Untuk rekod, Seungri sebelum ini dijatuhi hukuman penjara atas beberapa pertuduhan berkaitan skandal Burning Sun, sekali gus menamatkan kerjaya seninya sebagai idol K-Pop.

Walaupun sudah lama menyepi daripada dunia hiburan, setiap kemunculan Seungri masih terus menjadi perhatian dan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan peminat. – Agensi

-- Courtesy of Media Permata
 

HITS: