Gordon Ramsay nasihat Brooklyn Beckham jangan lupa asal-usul
 Posted on : Feb 16, 2026, 12:11AM   2 total views  Category : Entertainment
Gordon (kiri) secara terbuka memberi nasihat kepada Brooklyn. – mStar

Cef selebriti, Gordon Ramsay menasihati Brooklyn Peltz Beckham supaya mengingati asal-usulnya selepas berlaku pertelingkahan terbuka dengan ibu bapanya.

Menurut Mirror, walaupun Gordon menyayangi Brooklyn dan mengakui dia berhati baik, namun lelaki berusia 26 tahun itu kini terlalu fokus kepada isterinya, Nicola Peltz.

“Dia terdesak untuk berdiri atas kaki sendiri dan membina jalan hidup sendiri. Itu memang bagus.

“Tapi ingat asal-usul kamu (Brooklyn). Suatu hari nanti, ibu bapa kamu tidak akan sentiasa ada,” katanya.

Difahamkan, Gordon dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Beckham.

Buktinya, David dan Victoria Beckham menghadiri perkahwinan anak perempuannya, Holly Ramsay, pada Disember tahun lalu.

Untuk rekod, ketegangan antara Brooklyn dan Nicola bersama keluarga Beckham dipercayai bermula sejak persiapan perkahwinan pasangan itu pada 2022.

Kemelut dalam keluarga itu juga semakin menjadi perhatian apabila Brooklyn dilihat tidak ikut serta dalam beberapa acara, termasuk sambutan ulang tahun.

Lebih mengeruhkan keadaan, Brooklyn meminta Victoria dan David tidak menghubunginya, melainkan melalui peguam sahaja. – Agensi

-- Courtesy of Media Permata

HITS: