Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Para pelajar, ibu bapa dan ahli-ahli masyarakat berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat persekitaran pembelajaran yang mantap serta fokus kepada akademik di Laksamana College of Business (LCB) semasa Hari Terbuka LCB 2026 yang berlangsung pada 14 hingga 16 Februari lalu.
Lebih daripada sekadar lawatan kampus, Hari Terbuka itu dirancang dengan teliti untuk membantu pelajar memahami langkah akademik mereka seterusnya dengan jelas dan yakin.
Zon akademik khusus telah disediakan untuk memperkenalkan program-program pengajian dalam bidang perniagaan, pengkomputeran, undang-undang, pelancongan, hospitaliti dan seni kulinari.
Pensyarah dan penasihat akademik memberikan panduan peribadi mengenai laluan pembangunan, prospek kerjaya dan kemahiran yang diperlukan dalam landskap global yang kompetitif masa kini.
Tumpuan LCB ialah program ijazah British yang dianugerahkan oleh Universiti Essex, yang mana pelajar boleh memperoleh kelayakan UK yang diiktiraf di peringkat tempatan, mendapat manfaat daripada piawaian akademik antarabangsa serta berada kekal dekat dengan rumah.
Beberapa buah sekolah telah mengambil bahagian dalam sesi taklimat khas yang khusus dikendalikan yang mana ia memberikan pelajar pendedahan bermakna kepada kehidupan kampus dan jangkaan akademik.
Penglibatan itu direka bentuk untuk menyokong proses membuat keputusan yang bermaklumat dan yakin pada peringkat penting dalam perjalanan pendidikan mereka.
Menyedari bahawa pendidikan tinggi melibatkan pelaburan yang penting, wakil daripada BIBD, Baiduri Bank dan Standard Chartered turut hadir untuk memberikan panduan mengenai pilihan pembiayaan pelajar, memastikan keluarga boleh merancang secara bertanggungjawab sambil mengutamakan pendidikan yang berkualiti.
Acara hari terbuka itu berakhir dengan Cabutan Bertuah yang menampilkan hadiah bernilai lebih $5,000, termasuk hadiah utama iaitu sebuah iPhone 17, menjadikan suasana acara lebih meriah dan menarik.
LCB merakamkan penghargaan ikhlas kepada penaja dan rakan kongsi atas sokongan mereka dalam menjayakan acara berkenaan. Kerjasama mereka mencerminkan hubungan industri dan komuniti yang kukuh yang terus menyokong misi LCB.
Sepanjang Hari Terbuka berkenaan, mesej yang disampaikan adalah tetap jelas iaitu LCB kekal komited untuk memberikan kecemerlangan akademik, kerelevanan industri dan pengalaman pelajar premium yang selaras dengan piawaian pendidikan tinggi British.
Dengan pendaftaran kini dibuka untuk pengambilan Mac 2026, LCB terus menawarkan laluan cemerlang kepada pelajar yang menggabungkan pengiktirafan antarabangsa, sokongan tempatan dan persediaan untuk kejayaan dunia sebenar.
-- Courtesy of Media Permata