Disney dan Pixar telah mengeluarkan sebuah klip treler penuh untuk Toy Story 5 baru-baru ini dan filem itu akan ditayangkan di pawagam pada 19 Jun nanti.
Satu teaser November lalu memperkenalkan tablet Lilypad, yang disuarakan oleh Greta Lee. Treler penuh menghuraikan tentang koleksi mainan Bonnie, yang diketuai oleh Jessie, bergelut dengan Lilypad untuk mendapatkan perhatian Bonnie.
Jessie masih berkomunikasi dengan Woody melalui walkie-talkie selepas Woody telah berpisah dengannya bersama Little Bo Peep pada penghujung Toy Story 4. Tetapi Woody kembali untuk bantu mainan Bonnie berhubung semula dengan anak mereka.
Mainan-mainan itu, termasuk Buzz Lightyear, Forky yang telah berkahwin dengan pisau dalam salah satu babak drama Bonnie.
Disney pertama kali mengumumkan filem Toy Story 5 pada tahun 2024. Tim Allen menggelar pengalaman membintangi filem itu sebagai ‘sesuatu yang menakjubkan’ semasa tampil dalam Tonight Show November lalu.
Filem itu diarah bersama oleh Andrew Stanton dan Kenna Harris dan Randy Newman juga kembali denga lagu You’ve Got a Friend in Me yang kedengaran dalam treler tersebut. – UPI
-- Courtesy of Media Permata