‘Bukan kejayaan sekelip mata’
 Posted on : Mar 4, 2026, 7:39AM   2 total views  Category : Entertainment
Harrison Ford bersama trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada Anugerah Pelakon SAG-AFTRA 2026. – AFP

Bintang veteran Hollywood, Harrison Ford, menegaskan kerjaya selama berpuluh tahun bukan ‘kejayaan sekelip mata’ dalam ucapan penuh emosi selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada Anugerah Pelakon SAG-AFTRA 2026.

Ford, 84, cukup dikenali menerusi peranannya dalam filem epik popular antaranya Indiana Jones, Star Wars dan Shrinking, kelihatan sebak ketika menzahirkan rasa syukurnya di atas pentas anugerah itu semalam.

Beliau hadir ke majlis penganugerahan berkenaan bersama isterinya, Calista Flockhart.

“Saya berasa sangat bersyukur atas perhatian ini. Saya juga berasa amat rendah diri.

“Saya berada di dalam bilik yang dipenuhi pelakon, yang mana kebanyakannya berada di sini kerana dicalonkan untuk menerima hadiah atas hasil kerja mereka yang luar biasa.

“Manakala saya di sini untuk menerima hadiah kerana masih hidup. Agak pelik untuk menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada pertengahan kerjaya saya. Saya masih seorang pelakon yang bekerja,” selorohnya yang mengundang tawa penonton.

-- Courtesy of Media Permata
 

HITS: