Back Door Stray Kids capai 400 juta tontonan
 Posted on : Mar 10, 2026, 7:02AM   3 total views  Category : Entertainment
Muzik video Back Door, Stray Kids capai 400 juta tontonan di YouTube. – AllKpop

Stray Kids telah mencapai satu pencapaian penting apabila muzik video bagi lagu hit mereka, Back Door, secara rasmi telah melepasi 400 juta tontonan di YouTube. Pencapaian ini direkodkan kira-kira jam 4:15 petang, kelmarin.

Kejayaan itu sekali gus menandakan muzik video ketiga kumpulan itu mencapai angka tontonan sebegini, selepas kejayaan God’s Menu dan Thunderous, yang mana muzik video terakhir itu menembusi 400 juta tontonan pada 7 Februari 2025.

Back Door pada asalnya dikeluarkan pada 14 September 2020 sebagai lagu utama album mereka, In Life dan menerima pujian global kerana lagu yang unik serta koreografi bertenaga.

Menurut Allkpop, lagu tersebut ditulis dan dihasilkan oleh pasukan produksi dalaman kumpulan itu, 3RACHA, yang terdiri daripada ahli Bang Chan, Changbin dan Han.

Impak budaya lagu tersebut turut diiktiraf oleh majalah TIME yang menamakan Back Door sebagai salah satu daripada 10 Lagu Terbaik 2020, menjadikan Stray Kids satu-satunya kumpulan K-pop yang tersenarai pada tahun tersebut.

Kumpulan ini kini mengekalkan kehadiran global yang kukuh melalui jelajah dunia mereka, dominATE, yang menyaksikan permintaan tinggi di pelbagai wilayah.

Pencapaian 400 juta tontonan untuk Back Door yang mencerminkan trend menaik bagi lagu-lagu lama mereka, di samping kejayaan muzik video terbaru mereka, S-Class, yang melepasi 300 juta tontonan pada Februari 2026.

Bagi meraikan pencapaian terkini ini, JYP Entertainment berkongsi poster ucapan tahniah di saluran media sosial rasmi mereka bagi menzahirkan penghargaan kepada peminat mereka, STAY. – Agensi

-- Courtesy of Media Permata
 

HITS: