BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Empat kesalahan didapati oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh semasa Operasi Usai 44/2026 di Kampung Mata-Mata, baru-baru ini.
Menurut kenyataan Jabatan Buruh, operasi itu bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Akta Pekerjaan, penggal 278 dipatuhi oleh para majikan.
Pemeriksaan ke atas kegiatan pembekal alat tulis mendapati empat kesalahan di bawah Akta Pekerjaan, Penggal 278 yang dipercayai dilakukan oleh majikan iaitu Bab 10 Majikan tidak menyediakan kontrak perkhidmatan secara bertulis, Bab 39(2) Gagal membayar kerja lebih masa, Bab 82 Gagal menyediakan alat pertolongan cemas dan Bab 112(2) Kesalahan melanggar syarat-syarat Lesen Pekerja Asing, pekerja asing didapati melakukan pekerjaan tidak selaras dengan jawatan yang dibenarkan iaitu pekerja berjawatan buruh am melakukan kerja pentadbiran..
-- Courtesy of Media Permata