Selepas lama berdiam diri, pelakon Zendaya akhirnya membuka mulut mengenai khabar angin perkahwinannya secara rahsia bersama kekasih Tom Holland.
Menurut laporan mStar, Zendaya berkata gambar perkahwinan yang tular di media sosial sebelum ini adalah palsu dan dibuat menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Katanya, dia sendiri terkejut apabila ramai yang mempercayai gambar tersebut termasuk rakan-rakan rapatnya.
“Sayang, itu AI. Itu bukan sebenar. Ramai yang hubungi saya dan ucap tahniah.
“Mereka ingat saya benar-benar sudah berkahwin sedangkan saya jalani hidup seperti biasa,” katanya semasa menjadi tetamu rancangan Jimmy Kimmel Live!.
Tambahnya, imej yang dihasilkan AI itu kelihatan sangat realistik sehingga sukar dibezakan dengan gambar sebenar.
Bagaimanapun, Zendaya memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status hubungannya, sebaliknya hanya menegaskan bahawa gambar perkahwinan yang tular itu adalah tidak benar. – Agensi
-- Courtesy of Media Permata