Dunia EU rancang pindaan sistem dagangan pelepasan karbon 2 hours ago Dunia Hukuman penjara terhadap bekas presiden Colombia dibatalkan 2 hours ago Dunia Muzium Louvre dibuka semula selepas k
 Posted on : Oct 23, 2025, 8:09AM   5 total views  Category : World
Gambar Freepik

BERLIN, 22 OKT – Jerman merancang untuk membayar kira-kira 11,000 kakitangan tempatan di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara itu yang terjejas akibat penutupan kerajaan di Washington, menurut Kementerian Kewangan hari ini.

“Kerajaan persekutuan akan meluluskan perbelanjaan luar jangka bagi memastikan gaji bulan Oktober dibayar tepat pada masanya,” kata jurucakap kementerian berkenaan.

Kesatuan sekerja Verdi kelmarin berkata bahawa kakitangan tempatan sebelum ini tetap menerima bayaran gaji semasa penutupan kerajaan AS yang lalu, namun mereka bimbang pentadbiran Trump ketika ini berkemungkinan menghentikan pembayaran.

Kesatuan itu berhujah bahawa langkah berkenaan akan melanggar undang-undang Jerman dan mendesak penyelesaian segera bagi mengelakkan kelewatan gaji.

Jurucakap Kementerian Kewangan memberitahu AFP hari ini masih belum jelas sama ada bayaran daripada pihak AS akan diteruskan walaupun berlaku penutupan kerajaan.

Namun, kerajaan persekutuan di Berlin dan negeri Rhineland-Palatinate telah mencapai persetujuan untuk menjamin gaji akan dibayar dan mengelakkan sebarang masalah, katanya.

Kerajaan Jerman menjangkakan akan menerima bayaran balik daripada pihak AS sebaik sahaja pembayaran dibuat, menurut jurucakap itu lagi. – AFP

-- Courtesy of Media Permata

HITS: