Presiden Nauru rancang keselamatan tambahan untuk pendatang dari Australia
 Posted on : Nov 26, 2025, 6:57AM   4 total views  Category : World
Presiden David Adeang berucap semasa Perbahasan Umum Majlis Perwakilan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di ibu pejabat PBB, New York pada 23 September. – AFP

SYDNEY, 25 NOV – Presiden Nauru berkata, ketibaan pendatang yang dipindahkan dari Australia di bawah satu perjanjian sulit memerlukan langkah keselamatan tambahan di negara Pasifik itu, menurut transkrip wawancara bersama pemimpin berkenaan yang dikeluarkan pada minggu ini.

Presiden David Adeang turut mencadangkan kemungkinan untuk menghantar pulang pendatang tersebut, sesetengahnya yang dikatakan kumpulan advokasi sebagai pelarian telah kembali ke negara asal mereka.

Di bawah perjanjian kontroversi yang dimeterai dengan Australia tahun ini, negara kepulauan itu akan menyediakan visa 30 tahun untuk sehingga 350 pendatang dan ramai antara mereka disabitkan dengan jenayah serius untuk ditempatkan semula di atol tandus tersebut.

Banyak perkara mengenai perjanjian bernilai AS$1.6 bilion itu, termasuk bilangan yang akan ditempatkan semula, namun tidak didedahkan oleh kedua-dua kerajaan.

Dalam satu wawancara bersama seorang pegawai kerajaan Nauru yang kemudian dipadam dengan cepat dari Facebook, Adeang berkata, beliau telah menyediakan “protokol keselamatan untuk melindungi” para pendatang dan penduduk tempatan.

“Terdapat pengaturan keselamatan komuniti tambahan yang akan kami laksanakan untuk menjaga komuniti kami,” katanya dalam wawancara yang asalnya disiarkan pada Februari.

Langkah keselamatan itu, katanya, akan membantu para pendatang “sedikit dalam pergerakan mereka dan mengurangkan kejutan kepada komuniti.”

Namun, kerajaan Australia telah menghalang pengeluaran terjemahan rasmi transkrip wawancara itu, menurut media tempatan.

Kelmarin malam, senator Australia, David Shoebridge dan David Pocock mengemukakan salinan transkrip dalam bahasa Inggeris, yang diterjemahkan oleh Asylum Seeker Resource Centre, sebuah kumpulan advokasi.

Adeang berkata, Nauru akan menerima tiga orang dari Australia dalam masa beberapa hari selepas wawancara itu.

Beliau turut mencadangkan negara itu boleh “mencari jalan untuk menghantar mereka pulang” dan menamatkan lebih awal visa 30 tahun yang diberikan di bawah perjanjian tersebut. – AFP

-- Courtesy of Media Permata

HITS: