Runtuhan salji di Alps Perancis ragut dua nyawa
 Posted on : Feb 11, 2026, 7:05AM   3 total views  Category : World
Anggota penyelamat Alpine Itali di tempat kejadian runtuhan salji yang berlaku pada 5 Februari di Tyrol Selatan, Itali. – AP

DIJON, 10 FEB – Runtuhan salji membunuh dua pemain ski di Alps Perancis kelmarin, kata pihak berkuasa, susulan kematian dua pemain ski luar piste dalam runtuhan salji berasingan pada hujung minggu.

Seorang lelaki berusia 38 tahun terkorban di Saint-Agnes berhampiran Grenoble, kata polis tempatan. Manakala seorang pemain ski yang bersamanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, seorang lagi lelaki, berusia awal 30an, turut menjadi mangsa runtuhan salji yang sangat besar semasa bermain ski di kawasan luar trek berhampiran kampung Montgenevre, kata pendakwa raya Gap, Marion Lozac’hmeur, kepada AFP. Bagaimanapun, seorang lagi pemain ski yang menemani mangsa tidak cedera, tambahnya.

Kematian mereka berlaku selepas runtuhan salji membunuh dua pemain ski luar piste di Alps Perancis Sabtu lalu, berhampiran Saint-Veran, yang dikenali sebagai kampung tertinggi di Alps Perancis.

Kedua-dua mangsa itu adalah sebahagian daripada sekumpulan empat pemain ski tanpa pemandu apabila runtuhan salji melanda bahagian utara puncak gunung Tete de Longet. – AFP

-- Courtesy of Media Permata
 

HITS: